AmBank Islamic, UIAM sasar 5,000 pemegang kad kredit

Bernama
Oktober 4, 2017 07:33 MYT
Menerusi kerjasama di antara AmBank Islamic Bhd dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu, ia diharap dapat menyokong pertumbuhan sektor pendidikan. - Foto: Facebook Ambank
AmBank Islamic Bhd dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melancarkan kad kredit AmBank Islamic-UIAM yang menyasarkan seramai 5,000 pemegang bagi tahun pertamanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Group Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata kad kredit AmBank Islamic-UIAM merupakan kerjasama pertama pihaknya dengan institusi pengajian tinggi tempatan.
"Menerusi kerjasama itu, kami berharap dapat menyokong pertumbuhan sektor pendidikan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran itu di sini, pada Rabu.
AmBank Islamic dan UIAM juga telah menjalin kerjasama dengan kemudahan pembayaran elektronik JomPAY yang membolehkan pengguna mendapat akses perbankan internet, perbankan mudah alih dan kemudahan mesin juruwang automatik di negara ini.
JomPAY juga membolehkan akses dan fleksibiliti untuk orang awam dan sektor korporat membuat sumbangan kepada Tabung Endowmen UIAM yang bertujuan membantu penuntut cemerlang yang berdepan masalah kewangan.
-- BERNAMA
#ambank #IPT #JomPay #kad kredit #pembayaran elektronik #pendidikan #Sulaiman Mohd Tahir #UIAM #Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
;