Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri hingga 1 tengah hari

Bernama
Februari 25, 2025 11:00 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia ) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri hingga 1 tengah hari ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia ) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri hingga 1 tengah hari ini.
Dalam kenyataannya, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.
Di Kedah, kawasan terjejas termasuk Padang Terap, Sik dan Baling manakala di Perak melibatkan Hulu Perak.
Kawasan lain turut tersenarai ialah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala dan Gua Musang di Kelantan; Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu; dan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan serta Rompin di Pahang.
Keadan cuaca sama diramal berlaku di Johor meliputi Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.
Selain itu, di Sarawak kawasan terlibat Kuching, Serian dan Samarahan. - BERNAMA
#hujan lebat #MetMalaysia #angin kencang #ribut petir
;