Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri
Bernama
Disember 3, 2024 15:30 MYT
Disember 3, 2024 15:30 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri hingga lewat petang ini.
Ringkasan AI
- Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri hingga lewat petang ini.
- Negeri yang terlibat termasuk Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Kedah, Perak, dan Sarawak, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
- Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca itu juga diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Negeri yang terlibat ialah Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka manakala di Pahang kawasan dijangka terlibat ialah Kuantan, Jerantut, Cameron Highlands, Rabuh, Bentong dan Temerloh, Johor (Tangkak dan Muar) dan Kedah (Kulim dan Bandar Baharu).
Di Perak, antara kawasan dijangka terlibat ialah Kerian, Larut, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Kampar, Bagan Datuk dan Muallim manakala di Sarawak melibatkan Kuching,Serian, Samarahan, Bintulu dan Miri.
-- BERNAMA