Amaran ribut petir, hujan lebat di seluruh negara
Sinar Harian
November 29, 2022 16:59 MYT
November 29, 2022 16:59 MYT
PUTRAJAYA: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh pantai barat Semenanjung Malaysia dan sebahagian tempat di Terengganu serta Pahang.
Berdasarkan data yang dikeluarkan boleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), keadaan cuaca buruk itu turut melibatkan kawasan pesisir pantai Sarawak dan pantai barat Sabah sehingga jam 6 petang.
Ia melibatkan Perlis, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu dan Pulau Pinang.
Turut terlibat, Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim, Dungun, Kemaman, Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan, Rompin serta keseluruhan negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.
Di Johor, ribut petir berlaku di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, manakala di Sarawak ia membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Pakan, Sarikei, Matu, Dalat Mukah, Bintulu, Subis, Beluru, Miri, Marudi dan Limbang.
Di Sabah pula, cuaca buruk dilapor berlaku di Tawau, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat.
Artikel asal di Sinar Harian