Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri hingga 7 malam ini - MetMalaysia
Bernama
Oktober 14, 2022 17:35 MYT
Oktober 14, 2022 17:35 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan negeri yang dijangka menyebabkan hujan lebat dan angin kencang hingga 7 malam ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan hujan lebat dijangka berlaku di keseluruhan Negeri Sembilan dan Terengganu.
Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang, sementara di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera dan Rompin.
Kawasan lain yang terlibat ialah Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak; Hulu Langat, Selangor; Segamat, Kluang dan Mersing di Johor serta Bau, Kuching, Serian, Samarahan dan Asajaya di Sarawak.
-- BERNAMA