Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri sehingga 9 malam ini
Bernama
Januari 8, 2025 20:20 MYT
Januari 8, 2025 20:20 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa negeri sehingga 9 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan yang terlibat adalah Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, dan Muallim), manakala di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, dan Sepang) serta Negeri Sembilan (Port Dickson).
Amaran sama turut melibatkan Sarawak iaitu Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Miri (Telang Usan), dan Limbang, selain di Sabah yang melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, dan Tuaran), Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod) serta Wilayah Persekutuan Labuan.
-- BERNAMA