Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri, tiga Wilayah Persekutuan

Bernama
November 24, 2024 18:15 MYT
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta di Wilayah Persekutuan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga 7 malam ini.

Ringkasan AI
  • Amaran Cuaca: MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang di 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya hingga 7 malam ini.
  • Negeri Terlibat: Negeri-negeri yang terlibat termasuk Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kedah, Pahang, Sarawak, dan Sabah. 3, Intensiti Hujan: Amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang dijangka berlaku melebihi sejam.

Menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 3.35 petang, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Selain itu, di Kedah melibatkan daerah Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh dan Maran).
Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Sarawak melibatkan Kuching, Bau, Serian, Tebedu, Betong, Sarikei, Pakan, Bintulu, Miri, Marudi dan Limbang, serta Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan).
Menurut MetMalaysia, amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
-- BERNAMA
#hujan lebat #ribut petir #MetMalaysia #terkini #Wilayah Persekutuan #monsun timur laut
;