Amaran ribut petir di Terengganu, Pahang dan Johor - MetMalaysia

Bernama
Disember 13, 2022 02:30 MYT
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga 2 petang ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga 2 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Terengganu, dijangka berlaku di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
LAMAN KHAS BANJIR
Di Pahang melibatkan Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, manakala di Johor, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Segamat dan Mersing.
-- BERNAMA
#banjir #ribut petir #MetMalaysia #amaran