Amaran ribut petir di Selangor, NS, Melaka, Pahang dan Sarawak

Bernama
Jun 12, 2017 12:33 MYT
Keadaan ribut petir menyebabkan angin kencang sehingga 50km sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. - Gambar hiasan
Keadaan ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Sarawak (Rejang, Mukah dan Bintulu) dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
Keadaan serupa diramal berlaku di perairan Selat Melaka Selatan dan Reef South dan dijangka berterusan sehingga lewat pagi dan keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil.
-- BERNAMA
#Jabatan Meteorologi Malaysia #Malaysia #Negeri Sembilan #Pahang #ribut petir #Sarawak
;