Amaran ribut petir di perairan Kedah, Pulau Pinang dan Selat Melaka Utara

Bernama
Oktober 27, 2014 10:03 MYT
Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Kedah dan Pulau Pinang yang dijangka berterusan sehingga pagi Isnin.
Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Kedah dan Pulau Pinang yang dijangka berterusan sehingga awal pagi Isnin.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu, lewat malam tadi, keadaan yang sama dijangka berlaku di perairan Selat Melaka Utara sehingga awal pagi ini.
"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berbahaya kepada bot-bot kecil," katanya semalam.
#Jabatan Meteorologi #Kedah #pulau pinang #ribut petir #Selat Melaka
;