Amaran ribut petir di enam negeri petang ini

Bernama
Oktober 13, 2024 17:30 MYT
Sarawak dijangka paling terjejas dengan cuaca tersebut, antaranya di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri. -Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di enam negeri sehingga 6 petang ini.

Ringkasan AI
  • Amaran ribut petir dikeluarkan untuk enam negeri sehingga 6 petang ini.
  • Kawasan terjejas ialah Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri), Kedah (Sik, Baling, Kulim), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Machang, Kuala Krai, Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman), Pahang (Jerantut, Kuantan).
  • Ribut petir dengan hujan melebihi 20 mm per jam dijangka berlaku melebihi sejam.

Menerusi kenyataan dimuat naik di media sosial jabatan itu, Sarawak dijangka paling terjejas dengan cuaca tersebut, antaranya di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.
Negeri lain ialah Kedah melibatkan daerah Sik, Baling dan Kulim selain Hulu Perak (Perak); Machang, Kuala Krai dan Gua Musang (Kelantan); Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman (Terengganu) serta Jerantut dan Kuantan (Pahang).
MetMalaysia memaklumkan amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
-- BERNAMA
#MetMalaysia #ribut petir #Jabatan Meteorologi Malaysia #Sarawak
;