Amaran ribut petir di beberapa negeri hingga 6 petang ini - MetMalaysia

Bernama
Ogos 4, 2024 09:17 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir diikuti hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 6 petang ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir diikuti hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 6 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu meliputi Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Petaling), Johor (Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia termasuk Kedah (Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) dan Perak (Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang).
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka berlaku di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) serta Pahang.
Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Kuching, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Mukah (Matu dan Mukah), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang.
-- BERNAMA
#MetMalaysia #amaran ribut petir #angin kencang #hujan lebat