Amaran ribut petir di 11 negeri, KL, Putrajaya petang ini
Bernama
Oktober 25, 2024 16:20 MYT
Oktober 25, 2024 16:20 MYT
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di 11 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya sehingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda semua negeri di utara yang terdiri daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Cuaca sama juga dijangka berlaku di Gua Musang, Kelantan; Cameron Highlands, Lipis dan Raub di Pahang manakala di Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
-- BERNAMA