Amaran hujan tahap buruk di Pahang, Johor sehingga Ahad
Bernama
Januari 4, 2024 23:56 MYT
Januari 4, 2024 23:56 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Pahang dan Johor bermula hari ini sehingga Ahad (7 Jan).
MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan amaran itu melibatkan kawasan Pekan dan Rompin di Pahang, manakala di Johor membabitkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku dalam tempoh yang sama melibatkan Kuantan di Pahang serta Batu Pahat dan Pontian, masing-masing di Johor.
-- BERNAMA