Amaran hujan ribut di Kedah, Pulau Pinang, Utara Selat Melaka
Bernama
Mei 18, 2016 09:08 MYT
Mei 18, 2016 09:08 MYT
Hujan ribut yang melanda di perairan luar pantai Kedah, Pulau Pinang, Utara Selat Melaka dan Phuket dijangka berterusan hingga awal pagi Rabu.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata keadaan itu mungkin menyebabkan angin kencang hingga 50km/jam dan laut berombak hingga setinggi 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.