Amaran hujan lebat, ribut petir di empat negeri - MetMalaysia
Bernama
November 20, 2022 08:23 MYT
November 20, 2022 08:23 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di empat negeri sehingga 10 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan antara negeri terlibat adalah Pulau Pinang membabitkan daerah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara.
Di Selangor pula merangkumi kawasan Kuala Langat dan Sepang manakala Negeri Sembilan melibatkan Port Dickson serta Melaka di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah.
-- BERNAMA