Amaran hujan lebat peringkat jingga di pantai barat Sabah
Bernama
September 3, 2021 23:40 MYT
September 3, 2021 23:40 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga (buruk) melibatkan pantai barat di Sabah sehingga Sabtu ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 8 malam ini, hujan lebat dijangka berterusan di Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.
Kenyataan itu menyebut angin yang bertiup dari arah barat dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di lokasi terbabit.
-- BERNAMA
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#MetMalaysia
#amaran hujan lebat
#peringkat jingga
#buruk
#Pantai Barat
#Sabah
#Kota Kinabalu