Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat

Bernama
November 27, 2024 14:58 MYT
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di seluruh Kelantan, Terengganu, serta daerah Kuantan dan Jerantut di Pahang hingga Jumaat ini. -Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya yang dijangka berlaku di seluruh Kelantan dan Terengganu serta daerah Kuantan dan Jerantut di Pahang hingga Jumaat ini.

Ringkasan AI
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di seluruh Kelantan, Terengganu, serta daerah Kuantan dan Jerantut di Pahang hingga Jumaat ini.
  • Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, dan Pahang, termasuk Cameron Highlands, Lipis, Maran, Pekan, dan Rompin.
  • Hujan lebat berterusan tahap waspada dijangka melanda beberapa kawasan di Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Johor, dan Sabah hingga 29 November.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak) dan beberapa kawasan di Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin diramal mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk bagi tempoh sama.
Hujan berterusan tahap waspada pula dijangka melanda Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang; Pulau Pinang; Kedah (Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu); serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar).
Amaran sama juga dikeluarkan bagi Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor; serta Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat, Sabah hingga 29 Nov.
-- BERNAMA
#hujan lebat #tahap bahaya #MetMalaysia #Cameron Highlands
;