Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak, Sabah, Labuan

Bernama
Oktober 17, 2022 00:45 MYT
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Sarawak, Sabah dan Labuan hari ini hingga esok. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Sarawak, Sabah dan Labuan hari ini hingga esok.
Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 8.10 pagi ini, kawasan di Sarawak melibatkan sekitar Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) serta Limbang.
Sementara di Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat.
Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.
-- BERNAMA
#Labuan #MetMalaysia #banjir #hujan berterusan