Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak - MetMalaysia
Bernama
Mac 15, 2025 14:00 MYT
Mac 15, 2025 14:00 MYT
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak dari 18 hingga 20 Mac. -Gambar hiasan/Unsplash
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak, dengan hujan lebat dijangka berlaku dari 18 hingga 20 Mac ini.
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak dari 18 hingga 20 Mac.
- Kawasan terjejas termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, dan Bintulu.
- Penduduk dinasihati bersiap sedia menghadapi risiko banjir dan gangguan perjalanan, serta mematuhi arahan pihak berkuasa.
Menurut MetMalaysia, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), serta Bintulu.
"Amaran dikeluarkan bagi membolehkan penduduk di kawasan terlibat bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk risiko banjir dan gangguan perjalanan," menurut kenyataan itu.
MetMalaysia menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mendapatkan maklumat terkini di laman sesawang www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, dan media sosial rasmi MetMalaysia.
-- BERNAMA