Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Khamis

Bernama
Januari 20, 2025 16:58 MYT
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini.

Ringkasan AI
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini.
  • Kawasan yang terlibat termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, dan Miri.
  • Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, laman media sosial, atau menghubungi talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis di Sarawak melibatkan kawasan Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru,Miri dan Marudi)
Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, dan laman media sosial rasmi jabatan berkenaan.
Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
-- BERNAMA
#MetMalaysia #amaran hujan berterusan #tahap waspada #Sarawak
;