Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Isnin

Bernama
Februari 3, 2024 13:25 MYT
Hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku di Sabah membabitkan Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat hari ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak yang dijangka berlaku bermula esok hingga Isnin (5 Feb).
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) serta Bintulu.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran sama di Miri dan Limbang yang diramal berlaku hingga esok.
Hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku di Sabah membabitkan Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat hari ini.
-- BERNAMA
#MetMalaysia #Amaran Cuaca #hujan berterusan #Sarawak
;