KUALA LUMPUR: Jabatan Meterologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak melibatkan beberapa kawasan sehingga Ahad ini.

Menurut jabatan itu, hujan berterusan dijangka melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song).

Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam di sesuatu kawasan.

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia atau memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

-- BERNAMA