Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Kelantan - MetMalaysia

Astro Awani
Disember 10, 2022 17:12 MYT
Muhammad Helmi Abdullah berkata, amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga Ahad dikeluarkan di Terengganu dan Kelantan. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga Ahad di Terengganu dan Kelantan.
Sementara itu, Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, amaran hujan berterusan peringkat waspada turut dikeluarkan di daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak, bagi tempoh sama.
Katanya, bagi daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan
Rompin di Pahang pula, amaran hujan berterusan peringkat waspada dikeluarkan untuk Sabtu.
"Orang ramai untuk mendapatkan maklumat terkini di laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca atau laman media sosial rasmi MetMalaysia," katanya dalam kenyataan di sini, pada Shad.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.
#MetMalaysia #hujan buruk #waspada #Mycuaca
;