Amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan, Terengganu hingga esok - MetMalaysia

Astro Awani
Disember 11, 2022 18:55 MYT
Hujan berterusan diramal berlaku di pantai timur semenanjung berikutan angin timuran yang dijangka bertiup kencang. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Peringkat Buruk dan Waspada) melibatkan negeri Kelantan dan Terengganu sehingga 12 Disember.
Dalam kemas kini di media sosial, MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan diramal berlaku di pantai timur Semenanjung berikutan angin timuran yang dijangka bertiup kencang sehingga 12 Disember.
"Manakala dalam tempoh beberapa hari akan datang, ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang dijangka terus berlaku di kawasan pantai barat Semenanjung, pada sebelah petang hingga awal malam," kenyataan itu menyebut.

RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN Masa dikeluarkan: 5:30 petang Tarikh: 11 Disember 2022 pic.twitter.com/Vu60hZdHin

— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 11, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#amaran hujan berterusan #tahap buruk #MetMalaysia #Kelantan dan Terengganu
;