Amaran hujan berterusan di Sabah, Labuan selama tiga hari bermula Rabu

Bernama
Oktober 21, 2024 14:00 MYT
Keadaan cuaca ini dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah termasuk Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, dan Sandakan, serta Labuan. -Gambar hiasan/Unsplash
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, berkuat kuasa dari Rabu hingga Jumaat ini.

Ringkasan AI
  • Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, berkuat kuasa dari Rabu hingga Jumaat ini.
  • Keadaan cuaca ini dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah termasuk Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat, dan Sandakan (Beluran), serta Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi dan media sosial MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca, atau talian hotline MET Malaysia di 1-300-22-1638.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda Sabah yang membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat dan Sandakan (Beluran) serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi dan media sosial MetMalaysia atau aplikasi mobil myCuaca serta talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.
-- BERNAMA
#Labuan #amaran hujan berterusan #tahap waspada #MetMalaysia
;