Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor dan Sabah bermula hari ini
Bernama
Disember 15, 2023 14:32 MYT
Disember 15, 2023 14:32 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu, hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata amaran hujan berterusan tahap waspada juga dikeluarkan berkuat kuasa Isnin depan hingga Selasa membabitkan Pahang, Johor dan Sabah.
Di Pahang, amaran cuaca itu dikeluarkan bagi daerah Rompin manakala di Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu, di Sabah pula membabitkan kawasan Pantai Barat iaitu Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) selain Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,.
-- BERNAMA