Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Sabah bermula Isnin

Bernama
Disember 16, 2023 18:11 MYT
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan tahap waspada selama empat hari bermula Isnin ini di Pahang dan Johor manakala di Sabah pada 18 dan 19 Dis. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan tahap waspada selama empat hari bermula Isnin ini di Pahang dan Johor manakala di Sabah pada 18 dan 19 Dis.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran itu melibatkan kawasan sekitar Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, di Johor, dan Rompin di Pahang.
Di Sabah, amaran hujan berterusan dijangka berlaku di Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
-- BERNAMA
#amaran hujan berterusan #MetMalaysia #tahap waspada #Pahang #Johor #Sabah
;