Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor - MetMalaysia

Bernama
Februari 10, 2022 16:29 MYT
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan tahap buruk iaitu hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Rompin (Pahang) dan Mersing (Johor). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada yang dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan tahap buruk iaitu hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Rompin (Pahang) dan Mersing (Johor).
Sementara itu hujan tahap waspada iaitu hujan berterusan dijangka berlaku di Pekan (Pahang), Segamat, Kluang dan Kota Tinggi yang ketiga-tiganya di Johor.
-- BERNAMA
#Jabatan Meteorologi Malaysia #Pahang #Johor #hujan berterusan tahap buruk dan waspada
;