Amaran hujan berterusan di Mersing dan Kota Tinggi hingga esok
Bernama
Januari 3, 2024 17:46 MYT
Januari 3, 2024 17:46 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi di Johor hingga esok.
Berdasarkan ramalan cuaca signifikan yang dikeluarkan MetMalaysia hari ini, ia susulan penumpuan angin timuran yang dijangka berlaku di selatan Semenanjung, Sarawak dan timur Sabah hingga Ahad yang boleh menyebabkan peningkatan kelembapan serta berpotensi membawa hujan di kawasan terbabit.
"Di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA