Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah

Bernama
Januari 21, 2023 15:43 MYT
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di enam negeri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 2 petang, MetMalaysia meramalkan hujan berterusan akan melanda Kelantan dan beberapa kawasan di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang sehingga esok.
Selain itu, MetMalaysia turut menjangkakan keadaan cuaca sama sehingga 25 Jan bagi Dungun dan Kemaman di Terengganu, Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Hujan berterusan juga dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, dan Marudi), serta di Sabah (Tambunan, Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat) pada 23 Jan hingga 25 Januari.
-- BERNAMA
#MetMalaysia #ramalan cuaca #hujan #Kelantan #terengganu #Pahang #Johor #Sarawak #Sabah