Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu mulai esok

Bernama
November 30, 2023 17:09 MYT
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu mulai esok hingga Ahad ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu mulai esok hingga Ahad ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
Di Terengganu kawasan terlibat ialah Besut, Setiu dan Kuala Nerus, demikian menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#amaran hujan berterusan #Kelantan #terengganu #MetMalaysia
;