Amaran Hujan Berterusan di beberapa negeri ditamatkan - MET Malaysia

Astro Awani
Februari 12, 2022 15:44 MYT
Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata amaran itu melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menamatkan Amaran Hujan Berterusan melibatkan beberapa kawasan hari ini.
Menerusi satu kenyataan, Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata amaran itu melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
“Keadaan cuaca di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh); Terengganu; Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin); dan Johor (Mersing) dijangka bertambah baik.
“Amaran Hujan Berterusan yang dikeluarkan pada 1:00 tengah hari, 11 Februari 2022 untuk kawasan-kawasan berkenaan dengan ini ditamatkan,” memetik kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Justeru katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.
Selain itu, talian hotline MET Malaysia 1-300- 22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
#ramalan cuaca #amaran hujan berterusan #met malaysia #laporan cuaca
;