Amaran cuaca waspada, hujan lebat di negeri utara dan pantai timur Semenanjung - MetMalaysia
Bernama
November 30, 2020 17:21 MYT
November 30, 2020 17:21 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok (1 Dis) hingga Khamis (3 Dis).
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata negeri-negeri di utara yang terlibat adalah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak).
Bagi negeri-negeri pantai timur yang terlibat pula adalah Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).
-- BERNAMA