Amaran cuaca waspada, hujan lebat di Kelantan, Pahang hingga esok

Bernama
Mac 23, 2021 23:40 MYT
Hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang sehingga Rabu. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam ini, mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang sehingga esok (Rabu).
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan yang terlibat di Kelantan ialah Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.
Sementara itu di Pahang pula melibatkan Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin.
Terdahulu MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Mersing dan Kota Tinggi, Johor bermula esok sehingga Khamis ini.
-- BERNAMA
#MetMalaysia #cuaca waspada #cuaca buruk #hujan lebat #Kelantan #Pahang
;