Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di Sarawak sehingga esok
Bernama
Februari 19, 2021 15:49 MYT
Februari 19, 2021 15:49 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak sehingga, esok (20 Februari).
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan dalam tempoh itu juga angin kencang Timur Laut berkelajuan 50 sehingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di perairan negeri di pantai timur Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan.
"Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#ramalan cuaca
#amaran
#hujan lebat
#angin kencang
#ombak
#Sarawak
#Sabah
#Labuan
#cuaca buruk
#MetMalaysia