Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di beberapa bahagian di Sarawak, Sabah dan Labuan
Bernama
Oktober 2, 2021 12:24 MYT
Oktober 2, 2021 12:24 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada (kuning) yang membawa hujan lebat, melibatkan bahagian-bahagian di negeri Sarawak, Sabah dan Labuan.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 9.30 pagi ini memaklumkan kawasan yang terlibat di Sarawak adalah di Bahagian Limbang.
Sementara itu, hujan lebat dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sabah iaitu di bahagian pedalaman Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort, Bahagian Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan juga Labuan.
Kenyataan itu juga mengeluarkan amaran angin bertiup dari arah barat dijangka membawa hujan lebat dan boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.
-- BERNAMA