Amaran cuaca peringkat waspada di Sabah hingga esok

Bernama
Oktober 4, 2020 17:24 MYT
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sabah hari ini dan esok.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sabah hari ini dan esok.
Menurut kenyataan jabatan itu, keadaan tersebut diramal melanda kawasan pedalaman iaitu Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau.
"Hujan lebat turut melanda kawasan pantai barat meliputi Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud, dan kawasan Kudat merangkumi Kota Marudu.
"Di Labuan, keadaan itu diramal berlaku mulai esok hingga Selasa," demikian menurut kenyataan itu.
Hujan lebat juga diramal melanda Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mulai Rabu hingga Jumaat depan.
-- BERNAMA
#Jabatan Meteorologi Malaysia #MetMalaysia #amaran cuaca peringkat waspada #Amaran Cuaca #hujan lebat #Sabah #Sipitang #Tenom #kuala penyu #Beaufort #Keningau
;