Amaran cuaca peringkat waspada di negeri Pantai Timur

Astro Awani
Disember 5, 2018 19:05 MYT
Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu serta Jerantut dan Kuantan di Pahang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung susulan angin kuat pada Jumaat ini.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, METMalaysia memaklumkan, kawasan-kawasan yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu serta Jerantut dan Kuantan di Pahang.
"Angin timuran dari Lautan Pasifik Barat dijangka bertiup secara konsisten dan bertumpu di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung.
"Sehubungan itu, Amaran Cuaca Waspada Kuning dikeluarkan berkuatkuasa pada 6-7 Disember ini," kata kenyataan itu.
Angin dengan kelajuan kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 dijangka berlaku di perairan Kelantan dan Terengganu dalam tempoh tersebut.
#Jabatan Meteorologi Malaysia #Jerantut #Kelantan #Kuantan #MetMalaysia #notis amaran cuaca #Pahang #Pantai Timur #peringkat kuning #terengganu
;