Amaran cuaca panas tahap satu di Rompin

Sinar Harian
Oktober 15, 2023 10:03 MYT
Status tersebut dikeluarkan bagi kawasan yang bersuhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di Rompin, Pahang setakat jam 4.30 petang hari ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad memaklumkan, status tersebut dikeluarkan bagi kawasan yang bersuhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius.
Menurutnya, amaran cuaca panas tahap satu berlaku sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
"Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh merujuk ke laman rasmi kami https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya. - Sinar Harian
#amaran cuaca panas #Rompin #MetMalaysia #cuaca panas