Amaran cuaca buruk di Sabah - MetMalaysia

Bernama
November 28, 2020 21:29 MYT
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga di beberapa daerah di Sabah hingga esok.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga di beberapa daerah di Sabah hingga esok.
Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran tahap jingga iaitu tahap hujan lebat dijangka berterusan berlaku di Sabah melibatkan kawasan Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud selain di Labuan.
Sementara itu, amaran waspada juga hingga esok dikeluarkan di kawasan Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan serta Ranau dan Kudat.
-- BERNAMA
#Jabatan Meteorologi Malaysia #amaran cuaca buruk #Sabah #tahap jingga #Kota Kinabalu #Kota Belud #Tuaran #MetMalaysia
;