Amaran cuaca buruk di Pantai Timur

Bernama
November 23, 2020 06:05 MYT
Kejadian angin kencang boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam tadi mengeluarkan notis amaran cuaca buruk di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga hari ini.
Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, ia melibatkan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan serta Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang serta seluruh negeri Terengganu, susulan hujan lebat yang dijangka berterusan di tiga negeri itu.
Amaran cuaca waspada turut dikeluarkan di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah serta Jerantut, Bera dan Rompin di Pahang mulai semalam sehingga Rabu.
"Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam tempoh itu.
"Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#ribut #cuaca #hujan #cuaca buruk #amaran #Jabatan Meteorologi #MetMalaysia #Kelantan #terengganu #Pahang #limpahan air laut #ombak #angin kencang #tengkujuh #monsun timur laut #Pantai Timur #Sungai
;