Amaran cuaca buruk di Pahang, waspada di Terengganu, Johor, Sabah
Astro Awani
Mac 25, 2021 16:53 MYT
Mac 25, 2021 16:53 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan di tiga daerah di Pahang.
Ia melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
Sementara itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka melanda Kemaman, Terengganu; Maran, Pahang; dan Mersing serta Kota Tinggi, Johor.
Ia turut diramal berlaku di daerah di Sabah iaitu Tawau, Sandakan, Kinabatangan dan Kudat.