Amaran cuaca buruk dan waspada di lima negeri hari ini - METMalaysia

Hafizi Rosli
Januari 2, 2021 02:06 MYT
METMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada dengan hujan di lima negeri sehingga hari ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada dengan hujan di lima negeri sehingga hari ini.
Di Johor, amaran cuaca buruk melibatkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara di Pahang melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin.
Bagi amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka berlaku melibatkan keseluruhan negeri Kelantan dan Terengganu.
Amaran cuaca waspada itu turut dikeluarkan di Pahang (Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera) dan Sabah (Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat).
Sumber Facebook malaysiamet
#MetMalaysia #amaran cuaca buruk #waspada di lima negeri #Segamat #Kluang #Mersing