Amaran buat kartel harga diesel, anda sedang diperhatikan! - MyCC

Nabilah Khaleeda
Jun 27, 2024 12:04 MYT
Iskandar beri kepada semua pemilik perniagaan agar tidak melanggar undang-undang dengan membuat pencatutan harga yang tidak munasabah sehingga membebankan rakyat.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kini sedang giat memantau dan mengenal pasti aktiviti kartel dalam industri selepas lebih dua minggu penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail memberi amaran tegas kepada semua pemilik perniagaan agar tidak melanggar undang-undang dengan membuat pencatutan harga yang tidak munasabah sehingga membebankan rakyat.
"Janganlah berbuat demikian, apatah lagi menyebarkannya di media sosial. Bukan niat kita untuk mengenakan mereka, tetapi undang-undang mesti dipatuhi.
“Kita faham bahawa menaikkan atau menurunkan harga adalah hak anda sebagai peniaga, dan anda yang mengawal kos serta ingin menjadi efisien untuk pelanggan. Namun, perlu diingat bahawa ada hadnya.
“Jika harga dinaikkan terlalu tinggi, itu adalah pencatutan. Jika kenaikan harga dilakukan bersama-sama dengan pesaing, itu adalah pembentukan kartel,” katanya ketika diwawancara dalam program Niaga Awani pada Khamis.
Subsidi diesel: Pemantauan terhadap pembentukan kartel
Sehubungan itu, Iskandar menasihatkan mereka agar memilih pendekatan yang wajar antaranya dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada MyC.
“Sekiranya ada mana-mana pihak yang sudah tersilap langkah, menaikkan harga secara bebas tanpa kawalan, mereka dinasihatkan untuk berhenti serta-merta agar tidak memakan diri sendiri kelak,” tegas beliau lagi.
#kartel harga diesel #pencatutan harga #Suruhanjaya Persaingan Malaysia #rasionalisis harga diesel
;