Amaran angin kuat dan laut bergelora di perairan Sabah

Bernama
Oktober 14, 2015 09:26 MYT
Ia melibatkan perairan Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman serta Labuan.
Jabatan Metereologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di perairan Sabah mulai 16 hingga 20 Okt ini.
Ia melibatkan perairan Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman serta Labuan.
Angin barat daya itu boleh mencecah kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak boleh mencapai ketinggian 3.5 meter yang berbahaya kepada kapal kecil, aktiviti dan sukan laut.
Keadaan sama turut dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Sulu.
#amaran #angin kencang #Jabatan Metereologi #laut bergelora #perairan #Sabah