Amaran angin kencang mulai hari ini hingga Rabu
Bernama
November 28, 2016 12:34 MYT
November 28, 2016 12:34 MYT
Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Palawan dan Layang-Layang bermula hari ini sehingga Rabu ini.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata keadaan angin kencang dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.
Dalam pada itu, jabatan tersebut turut mengeluarkan amaran ribut petir dengan angin kencang sehingga 50kmsj di perairan Tioman, Condore, Reef South, Perairan Pahang dan Johor Timur sehingga lewat pagi ini.
Keadaan tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil. -- Bernama