Amaran angin kencang, laut bergelora sehingga Sabtu

Bernama
Januari 25, 2017 07:35 MYT
Angin kencang dan laut bergelora turut dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Silu sehingga Sabtu ini. - Gambar fail
Angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan (Kudat dan Sandakan) di Sabah sehingga Sabtu ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan pada Rabu berkata angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan itu.
"Angin kencang dan laut bergelora turut dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Silu sehingga Sabtu ini," kata kenyataan itu.
Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
-- BERNAMA
#angin kencang #Angin kencang Timur Laut #Jabatan Meteorologi Malaysia #laut bergelora
;