Amaran angin kencang, laut bergelora di Laut China Selatan - MetMalaysia
Bernama
Februari 7, 2024 19:32 MYT
Februari 7, 2024 19:32 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan, berkuat kuasa Ahad ini hingga Selasa.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini juga memaklumkan, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang berpotensi berlaku di beberapa tempat di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung, Sarawak dan Sabah, selain jangkaan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35?C di negeri-negeri utara Semenanjung.
"Amaran dikeluarkan berdasarkan analisis model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku pada 10 hingga 13 Februari.
"Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di Sarawak dan timur Sabah, serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA