Amaran angin kencang dan laut bergelora mulai Isnin hingga Sabtu

Bernama
Oktober 29, 2016 10:42 MYT
Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dijangka berlaku di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Sandakan) bermula Isnin sehingga Sabtu ini.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini berkata keadaan angin kencang dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter turut dijangka berlaku di perairan Phuket, Samui, Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan, Sulu, Labuan dan Reef South.
Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. -- BERNAMA
#angin kencang #ombak besar